Pengetahuan

Pemanasan Global & Gas Rumah Hijau



ISU pemanasan global adalah antara isu dunia yang menarik perhatian buat masa ini. Pemanasan global disebabkan antara lainnya oleh kehadiran banyak gas karbon dioksida di atmosfera. Pemanasan global juga pencetus fenomena iklim ekstrim yang menghasilkan pelbagai malapetaka seperti ribut taufan dan banjir di seantero dunia. Bagi tempoh 1997 hingga 2008, pengeluaran karbon dioksida di dunia berikutan penggunaan bahan bakar fosil meningkat 31 peratus.